
IQ EQ dan SQ Bagian 1
Nampaknya dalam bidang pendidikan
pihak-pihak yang Berkepentingan masih mecari-cari
untuk mendapatkan cara yang terbaik
dalam mendidik pelajar-pelajar di sekolah. Keperluan ini bertambah penting
memandangkan disiplin para pelajar sekarang telah begitu merosot hingga banyak yang terlibat dengan gangsterisme,
vandalisme, budaya rock, budaya metal,
skinhead, salahguna Narkoba, melawan guru, bahkan ada pelajar-pelajar yang
sampai memukul dan mencederakan pelajar-pelajar lain.
Ada pihak yang merasakan bahawa
kesalahan ini terletak kepada sistem pelajaran kita yang hanya mementingkan dan
menitik beratkan pada kemajuan IQ
(Intelligence Quotient) semata-mata. Dalam sistem yang ada sekarang, kecerdasan
Pikiran atau IQ sahaja yang menjadi indeks pengukur bagi menilai kecemerlangan
seseorang pelajar. Pihak ini merasakan bahawa kecerdasan Pikiran sahaja tidak
memadai. IQ hanya satu ukuran bagi menunjukkan kemampuan mental dalam mengumpul
ilmu dan menyelesaikan masalah teoritikal. Ia tidak menunjuk kepada kualitas
pelajar secara menyeluruh yang sepatutnya merangkumi lebih banyak ciri, skop,
bidang dan kriterianya.
Kalau diteliti, kita akan dapati di
dalam keputusan peperiksa-an yang semakin baik, akhlak, peribadi, jatidiri dan
perilaku pelajar semakin buruk dan merosot. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.
Terbukti bahawa pembinaan kecemerlangan para pelajar tidak lengkap dan tidak
menyeluruh. Peribadi pelajar yang terbina berat sebelah dan tidak seimbang.
Pihak ini merasakan ada lagi bentuk kecerdasan lain yang mesti diambil iaitu EQ
(Emotional Quotient).
Mereka merasakan IQ perlu diimbangi
dengan EQ. Kecerdasan Pikiran perlu diimbangi dengan kecerdasan emosi. Kalau
tidak, mereka merasakan emosi para pelajar akan mudah terganggu dan pelajar
akan bertindak mengikut emosi dan dorongan perasaan. Dalam hal ini, kecerdasan
Pikiran tidak akan dapat berfungsi dengan baik.