NEWS UPDATE :  

Berita

IQ EQ dan SQ Bagian 2

Mereka berkata lagi, apabila pelajar mempunyai EQ yang rendah atau kecerdasan emosinya kurang, maka emosinya menjadi tidak stabil. Mereka akan bertindak mengikut emosi dan mudah terjebak dengan vandalisme, gangsterisme, keganasan atau mencederakan orang lain.

Di dalam pendidikan Islam, perkara ini memang diambil kira. Malahan lebih dari itu pun diambil kira. Tuhan menjadikan manusia mempunyai sifat batin yang berbeza-beza antara satu sama lain. Ada tiga jenis sifat atau kekuatan batin yang menonjol yang membentuk sifat manusia yang berbeza-beza itu. Di antaranya ialah:

  1. Kekuatan akal
  2. Kekuatan perasaan
  3. Kekuatan jiwa

Dalam istilah Imiahnyannya, bolehlah dinamakan IQ (Intelligence Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient), Namun tidak banyak  guru-guru atau para pendidik yang benar-benar faham tentang ketiga-tiga kekuatan ini dan bagaimana untuk mengendalikannya.

Setiap orang mempunyai salah satu dari kekuatan di atas. Jarang ada manusia yang memiliki ketiga-tiga kekuatan tersebut sekaligus kecuali para nabi dan para rasul. Orang yang mempunyai kekuatan akal selakinya kurang mempunyai kekuatan jiwa dan kekuatan perasaan. Seterusnya, sesiapa yang mempunyai kekuatan jiwa, maka dia kurang mempunyai kekuatan akal dan kekuatan perasaan. Kalau seseorang itu mempunyai kekuatan perasaan pula, maka kekuatan akal dan kekuatan jiwanya pula kurang.

Sifat, watak dan bakat seseorang itu bergantung kepada kekuatan batin yang mana yang ada padanya. Inilah punca utama dan terbesar mengapa berlaku perbedaan sifat, watak dan bakat antara seseorang itu dengan orang lain.