NEWS UPDATE :  

Berita

IQ EQ dan SQ Bagian 3

Inilah di antara hikmah dan rahmat Tuhan dalam penciptaan manusia. Sifat, bakat, minat dan kecenderungan manusia itu tidak sama dan berbeza-beza mengikut sifat dan kekuatan batinnya. Ini sesuai dengan keperluan masyarakat manusia itu sendiri yang juga tidak sama dan berbeda-beza. Yang kuat jiwa suka dan berbakat menjadi polis, tentera, bertani, penternak dan nelayan. Yang kuat akal berbakat menjadi guru, peguam, jurutera, saintis, doktor, teknokrat. Yang kuat perasaan pula berbakat menjadi ahli seni, pekerja media, sasterawan dan sebagainya.

Dengan kepelbagaian minat dan bakat ini maka masyarakat manusia menjadi lengkap, perlu memerlukan dan kuat menguatkan. Masing-masing dengan tugas masing-masing, berkhidmat sesama manusia dalam bidang yang bermacama-macam

Memang benar bahawa sistem pendidikan yang kita amalkan di waktu ini amat bias dan mementingkan kekuatan akal atau IQ semata-mata. Tidak ada tempat dan ruang untuk pelajar yang kuat jiwa dan kuat perasaan atau dalam istilah yang lain yang kuat SQ dan EQnya. Oleh itu, mereka ini terpinggir dalam sistem yang hanya mementingkan IQ semata-mata. Sistem ini tidak relevan bagi mereka. Tidak hairanlah kalau mereka ini rosak dan hanyut kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem yang ada yang asing dan tidak mengiktiraf kelebihan-kelebihan yang ada pada mereka. Dalam hal-hal yang mereka minat dan mampu berdasarkan kekuatan perasaan dan jiwa mereka tidak dibina. Kesannya ialah tekanan perasaan, kekecewaan, putus asa dan kekeliruan. Maka berlakulah tindak balas sebagai manifestasi kepada kekecewaan, tekanan perasaan, putus asa dan kekeliruan ini. Yang kuat jiwa mengganas, memberontak dan melanggar disiplin dan peraturan. Yang kuat perasaan pula mendongkol, murung, merasa inferiority complex, putus asa dan sakit jiwa.

Di dalam setiap kekuatan batin yang disebutkan di atas, ada kebaikan dan ada pula keburukannya. Yang baik akan memberi faedah. Yang buruk pula akan membawa kerugian. Sifat-sifat baik dan buruk ini adalah seperti berikut:

Kekuatan Akal

Orang yang kuat akal mempunyai keupayaan berfikir. Melalui pemikirannya itu, dia boleh membuat berbagai-bagai penemuan dan teori. Dia juga mudah faham dan mudah mengingati ilmu-ilmu yang dipelajarinya bahkan dia mampu mencungkil ilmu yang tersirat dan yang tersembunyi. Dia juga sangat berhati-hati supaya hasil kerja akalnya tidak salah.
Sebaliknya pula, orang yang kuat akal selalu asyik mahsyuk dengan kerja akalnya sehingga dia selalu lupa dan lalai dari tanggungjawabnya sama ada terhadap Tuhan, terhadap masyarakat, keluarga bahkan pada dirinya sendiri. Jiwanya penuh dengan rasa ujub (rasa diri hebat).

PPDB SMP Krida Utama Tapel 2022/2023
PPDB ONLINE
Youtube SMPKU